Sejarah Kami

Rc Hobby Fly

Ditubuhkan oleh Encik Safri bin Semail pada 26 hb Jun 2007. Atas minat beliau yang mendalam dalam bidang permainan kawalan jauh ini, beliau telah menukarkan aktiviti hobinya kepada satu bentuk perniagaan yang akan dianggap baru oleh kebanyakan rakyat Malaysia.Untuk menggalakkan lagi hobi ini, sebuah landasan yang luas telah diwujukan di Forest Height, Seremban yang hanya terletak 1 km dari pejabat kami di Seremban Plaza.

Dengan adanya landasan ini, kami telah berjaya menarik minat penonton-penonton yang terdiri daripada berbagai lapisan masyarakat untuk datang menyaksikan kapalterbang, helikopter dan jet yang dikawal oleh bukan sahaja golongan korporat tetapi juga oleh golongan yang berpendapatan sederhana kerana kami juga ada menjual permainan-permainan kawalan jauh ini dengan harga yang amat serderhana dan berpatutan.

Di antara servis yang kami tawarkan ialah memasang, membaiki dan melatih individu-individu yang berminat dengan hobi permainan kawalan jauh ini.Selain daripada itu, kami juga menerima undangan untuk gimik perasmian atau pertunjukkan

No comments:

Post a Comment